Engkau mencari ilmu dengan akal yang Tuhan berikan
Engkau melihat dengan mata anugerah Tuhan untuk mencari pengalaman
Engkau guna telinga yang Tuhan cipta untuk mendengar maklumat-maklumat sebagai pengetahuan
Kaki yang engkau gunakan, kaki pemberian Tuhan
Lidah yang engkau gunakan menterjemah perasaan, kemahuan, serta ilmu adalah hak Tuhan
Bumi yang engkau pijak juga kepunyaan Tuhan
Kekayaan yang engkau cari milik Tuhan
Makan minum yang engkau perolehi rezeki dari Tuhan
Bahan-bahan yang engkau jadikan kajian adalah kepunyaan Tuhan
Macam-macam ilmu dan rahsia engkau dapat hasil dari kajian
Engkau dapat isteri/suami teman hidup tempat hiburan
Adalah makhluk ciptaan Tuhan
Engkau gunakan seluruh anggota untuk mencari kekayaan
Seluruh anggota ciptaan Tuhan
Cari di mana hak engkau?
Di mana kepunyaan engkau?
Mana milik engkau?
Tidak ada milik engkau!
Tidak ada kepunyaan engkau!
Sepatutnya engkau malu dengan Tuhan!
Patut engkau jatuh hati dengan Tuhan!
Bahkan engkau cintai, takuti, puja dan besarkan
Tapi tidak, engkau lupakan Tuhan
Engkau rasa kepunyaan engkau semuanya
Kerana itu engkau angkuh dan sombong
Bahkan engkau derhaka kepada Tuhan
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi